Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Saturday, October 30, 2010

untuk apa hidup ini????

Aku mencari makna hidup yang aku jalani. Aku cuba fahami apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup ini. Bahagia dan sedikit kesenangan. Salahkah kita memberi kegembiraan kepada insan lain jika itu adalah kebahagia yang kita rasakan...Ya! mungkin dimata orang itu adalah salah tapi aku gembira bila berbuat baik dan berkongsi kebahgaiaan yang ada pada mereka yang memerlukannya...

Sunday, September 26, 2010

Biar kan dia pergi...

Dalam situasi aku yang sedang jatuh cinta dan teramat sayangkan dia... rasanya biarkan lah dia pergi jika peluang itu ada. Atau biar aku saja yang lepaskan dia agar hati tidak terllau sakit ditinggalkan....Saat sayang masih terlalu kuat... biarkan perpisahan itu terjadi. Tak perlu aku halang andai dia ingin pergi...

Sunday, September 19, 2010

sukar nak lelap mata...



aku telah cuba untuk tidur dengan memejamkan kelopak mata tapi gagal.Aku gagal melayar mimpi yang sebelum ini selalu mengulit tidu malam ku...kenapa malam ni sukar benar melelapkan mata ini?...Dan aku sedar kalau dia tiada di sisi ku..sedang jatuh cintakah aku? Parah jiwa ini...Ya tuhan tolong aku...aku sedayanya mengelak untuk jatuh cinta, namun kenapa perasan itu datang lagi...Mengapa jiwa ini tak tenang dengan ketiadannya...

Friday, September 17, 2010

cerita tentang perasaan

...Dan aku tidak inginkan perasaan seperti ini hadir lagi dalam hidupku... rasa mencintai dan menyayangi sesorang. Bukan aku takut menghadapi kegagalan tapi aku benci tak suka menghadapi kerindui yang sangat menyakitkan. Dan apatah lagi cinta yang datang bukan lah cinta biasa antara adam dan hawa...
Lalu harus siapa aku salahkan semua ini. Salah takdir ke atau salah aku? Tak mahu salahkan siapa kerana aku terima seadanya aku cuma aku benci dan berharap jika aku tidak punya rasa cinta dan rasa sayang sebenarnya...
sudaha bertahun lamanya aku aku cuba mengikis dan membuang segala kebiasaan yang jahat dalam diri. menerima hukum alam sewajarnya tapi perasaan yang telah tumbuh dalam diri sejak sekian lama ukar unruk dibuang. Namun aku berusaha untuk bernafas dan melihat sekeliling sebagai seorang lelaki walaupun bukan itu yang terbentuk dalam jiwa dan pemikiran aku sejak dulu...
Dan aku berharap saat-saat ini aku dapat lalui tanpa menyakitkan hati aku sendiri... Sangat menyakitkan apabila mencintai seseorang tapi kita sudah tahu akana hujung jalan cerita cinta itu... Itulah yang aku cuba hindari namun aku tewas kerana tika ini aku sedar kalau aku punya rasa rindu kepadanya. Dan rindu itulah yang membuat aku sakit hati...
Untuk kawan aku yang selalu memamahi dan bisa menerima siapa aku...Inilah cerita , cerita tentang perasaan yang mahu aku kongsi dengannya...aku ingatkan aku tidak lagi memiliki perasaan untuk mencintai, ternyata aku silap kerana perasaan itu masih ada di dalam hati aku...Wan, bila kaua baca entre ini jangan aku kutu aku tapi doakan aku supaya bisa menghadapi detik pahit ini tanpa ada luka di hati aku...

Monday, August 23, 2010

ada cinta dalam hati

parah! jiwa parah...perasaan yang selalu ingin aku hindari adalah mencintai sesoarang..
lagi parah kerana dia insan yang rapat dengan aku...wan.. tolong dengar rintihan hati kawan ko ni...kahkhaaaaaaaaaaa....Ini pelik tapi benar?

Monday, July 26, 2010

cerita tentang anak angkat


Dalam umur semakin matang setiap daripada kita memerlukan sesuatu yang baru dalam hidup. Begitulah aku. Aku sudah terlalu bosan dengan perjalan hidup aku yang aku anggap terlalu mendatar. Setelah aku fikir dan mengambil kira pendapat kawan, aku cuba buat perubahan dalam corak hidup aku. Kalau sebelum ini aku hidup hanya untuk diri aku tanpa apa-apa komemen...Kerana itu aku merasakan hidup aku makin borang..
Dengan segala persediaan aku buat keputusan untuk menjadi 'bapa tunggal'. Aku mengambil seorang anak angakt... Pada permulaan aku tidak akan menjaga sepenuh masa tapi segala keperluannya akan aku sediakan. Aku akan bertanggungjawab sepenuhnya atas segala keperluaannya. Bila masa aku bersedia untuk menjaganya aku kan ambil dia dan duduk dengan aku..... Ini hanyalah permula pada faa hidup aku...
mohd Iman nama anak angkat aku, umur 6 tahun.

Thursday, June 17, 2010

makan malam di Restoran Nelayan 12.6.2010






Hampir jam tujuh petang baba, mami dan empat adik aku sampai, dekat area masjid india. Sebelahnya Citin Hotel tempat mereka tinggal untuk beberapa hari selama berada di kl.
Setelah berehat dalam bilik hotel dan perut sudah rasa lapar malam itu baba plan makana di restoran nelayan yang terletak di Titiwangsa. Sebetulnya walaupun aku sudah bertahun duduk kl tapi aku belum pernah lagi makan di restoran tersebut. Mungkin kerana aku bukan jenis yang suka jalan-jalan cari makan. Aku simple saje, aku akan kenyang dengan hanya makan roti dan adanye mineral water. stail orang bujang.
Malam itu kami pergi ke restoran nelayan dengan menaiki dua buah taxi. Satu taxi aku naik dengan dua orang adik aku Nafi dan Razi. Taxi kedua, baba, mami, mizi dan iqeen. Walaupun aku tidak pernah pergi ke restoran nelayan tapi aku yakin pemandu taxi tahu tempat tersebut. Jadi aku tidak perlu risau untuk sesat.

Makan malam kami sea food, ada lala, udang goreng butter, tom yam, ikan siakap masak..( lupa masak apa.. yang penting sedap)
Makan malam dengan keluarga sesautu yang indah dan jarang berlaku dalam hidup aku setelah aku merantau terlalu lama. Berkumpul dengan keluarga seperti ini aku dapat mengenali sikap adik-adik aku yang membesar tanpa aku dalam hidup mereka kerana aku sudah bertahun duduk di kl.
Iqeen.. bukan lagi anak manja. dia sudah dewasa sekarang namun masih ada sikap degil. Nafi.. seorang anak muda yang tidak suka dileter. cepat naik angin apabila dileter. Namun dia masih seorang adik yang mendengar kata. Mizi. punya otak yang pintar dan kematangan dalam gaya bercakap dan bergaul dengan orang tapi sangat sensitif orangnya. tak boleh ditegur atau kena marah akan merajuk. Nasib baba seorang ayah yang pandai memujuk dan melayan kerenah anak-anaknya. Razi, seorang yang banyak diam. Tapi cukup rapat dengan aku.
Dan sebenarnya mereka hanyalah keluarga angkat aku tapi aku cukup sayang dengan mereka. Mereka mengisi sesuatu yang hilang dalam jiwa aku sejak lama dulu. Sebab itu selama mereka berada di kl aku ambil cuti tiga hari semata-mata untuk bersama mereka dalam percutian ini...