
Di malaysia golongan gay dan trangender mungkin masih bernasib baik kerana kehadiran mereka di tengah2 masyarakat mudah diterima walaupun masih ada segelintir msyrkat yang tidak boleh terima golongan tersebut. Hari ini setelah berpulh tahun m,sia merdeka golongan ini semakin ketara dan berani untuk mempamerkan diri. Dan bukanla sesuatu yang menghairankan jika siang2 buta kita akan melihat sekumpulan nyah or pondan berjalan di shoping2 complex besar di kl seperti pavilion,bb, bu,mv... Wow mereka ini test tinggi. Baju mesti yang brand. Begitu juga dgn kasut or beg. Kalau diperhatikan gaya hidup golongan nyah ni begitu mewah dan ada klass. Dlm bidang kerjaya pula ramai diantara mereka ini ada kerja yang bagus2 dan berpendapatan tinggi. Tapi sudah menjadi mentaliti org kitakan asal pondan mesti ingat kerja mereka hanya melacur... Salah tu... mungkin ramai yg tak tahu kalau ada yang berjaya di atas pentas peragaan dan iklan tv bukanlah pompuan sebenar...
Walaupun golongan gay dan nyah ni bebas di negara malaysia tetapi masih banyak yang tidak boleh terima sebenarnya. Kehidupan kuminiti ini sebenarnyaa sengat mencabar dan penuh dgn tekanan. Bukan calang2 insan yang boleh mengharungi semua hinaan dan keji masyarkt...Tapi mereka berjaya mengharunginya.
Kepada anda dan mereka yang masih memandang hina golongan ini... bukalah minda, luaskan pemikiran anda. .. Jangan jatuhkan hukuman tanpa menyelami hati dan rintihan mereka. Bukannya minta simpati tapi sekadar pengertian... Kalau ada pilihan tiada siapapun yang mahu dilahirkan sebagai gay or pondan, nyah atau bapok... Ada banyak faktor dan sebab kenapa mereka rela ataupun terpaksa menjalani sebagai gay, nyah, pondan or bapok...
Aku sendiri pada mulanya tidak boleh terima kenapa aku dilahirkan sebagai seorang lelaki yang berjiwakan seorang pompuan. Lebih tertarik untk mencinta dan dicintai oleh lelaki. Bertahun lamanya aku mencari jawapan tapi aku tak jumpa. Akhirnya aku redha dengan keadaan siapa diriku...aku tidak perlu terus meratap dan bertanya kenapa takdir diriku begini dan begitu kerana itu tidak memberikan aku kebahagiaan. Tidak perlu berselindung... Dengan kawan2 aku tidak berselindung siapa diriku. Aku rasa beruntung kerana kawan2 tidak pernah menghindari berkawan dgn aku... Dan aku sendiri tidk mahu peduli kata keji dan hinaan orang lain... Aku fikir, kalau aku susah adakah mrk yang menghina dan mengeji akan menghulurkn tangan. Tidak bukan... So buat apa ikut kehendak orangkan... Kita buat apa yg membahagiakan diri.
Buanglah sikap suka menghina dan terlalu membenci golangan gay dan pondan kerana anda percaya atau tidak suatu hari akan ada dalam keluarga anda sendiri yang akan terjebak dalam dunia gay dan pondan...Atau pun anda sendiri yang berubah menjadi pencinta perempuan jelmaan... Ini bukan cakap kosong kerana ini telah pun terjadi kepada aku sendiri... Aku pernah kenal dengan seseorang yang sangat benci kepada golongan pondan dan lelaki lembut... Tapi akhirnya dia sendiri bercinta dengan pondan...Apa kes?.
Tidak rugi jika anda berkawan dan menghormati golongan gay dan pondan.Tidak luahnya diri anda. Tidak kira anda itu lelaki atau perempuan... Jika anda tau menghormati dan berkawan dengan ikhlas anda akan lebih dihormati oleh mereka... Aku ada bebarapa kawan lelaki yang dari awal tahu siapa aku. Diaterima aku seadanya sebagai kawan. Sikap mereka yang tidak kisah siapa aku membuat aku hormati dia sebagai kawan. Hingga sekarang persahabatan itu masih bertahan. Penghargaan ikhlas lahir dari tuluss hatiku buat Wan yang telah menjadi sahabatku selama sepuluh tahun.. Terima kasih juga Nizar dan Eja... mereka ni laki bini yang sporting. ..
Siapapun diri kita ini... Kita tetap sama di sisi Allah... yang membezakan kita hanyalah amalan kita...

1 comments:
terharu....... :)
Post a Comment