
Aku pernah bercita-cita mahu menjadi seorang wartawan masa zaman sekolah tapi lain pula jadinya setelah aku meninggalkan bangku sekolah kayu yang uzur di kampung halaman aku... Setelah aku hidup dengan udara KL kerjaya aku pun berubah... Hari ini aku seorang makeup artis kepada sebuah syarikat kosmetik the body shop...Lapan tahun lepas aku memberanikanaa diri untuk menyoleh seorang kawan yang melansungkan pertunangannya... dari situ aku sedar yang aku ada bakat dalam bidang persolekkan dan andaman. Tapi aku masih tidak melupakan keinginan aku untuk menjadi seorang penulis walaupun bukan seorang wartawan...
Hari ini aku mulakan sebuah cerita... Nak menulis novel la kononnya.... aku bagi title dia Lara Cinta Laila... Kisah tentang Laila yang terpaksa menerima Azmi sebagaia suami walaupun dia sebenarnya mencinta lelaki lain. Setelah kahwin dia cuba untuk melupakan Hasman dan cuba untuk mencintai Azmi... Azmi ternyata seorang lelaki yang penuh dengan kasih sayang dan meneduhkan hidup laila dengan cintanya... Hasman pula lelaki yang setia cintanya dan tidak pernah melupakan Laila. impiannya hanya hanya satu menjadikan Laila suri hidupnya dan dia rela menunggu selama manapun.
Kesempatan itu hadir kala hidup Laila dirundung malang. Azmi terlantar lama di hospital setelah terlibat dalam kemalangan. Hasman hadir umpama cahaya yang menyuluh sinar lorong hidup laila yang gelita... Dan Laila terperankap... Mestikah dia menunggu cahaya pelita Azmi yang kian malam bersinar kembali atau membuka pintu hati menerima suluhan hasman ke dasar hatinya yang masih ada kenangan cinta lalu.
Ucapan terima kasih buat kawan baik aku wanhantu kubur kerana menjadi pengeritik yang jujur....Jasa mu dikenang.....Dan buat siapa yang terbaca blog ini.... AWAK NI COMELLLLLL LA.

1 comments:
saya ni comel la khihihhihi
Post a Comment