Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Monday, April 20, 2009

Kejam kah aku?

    Kejamkah aku? Itulah pertanyaan yang tidak mampu aku jawab...Baru-baru ini aku terima sms dari sebuah keluarga yang sudah aku lupakan... aku menjauhkan diri kerana tidak sanggup lagi membebankan diri dengan masalah mereka. aku sudah berusaha membantu selama bertahun lamanya tapi mereka masih tidak berubah. Di sini aku petik kembali sms yg aku terima. Sms ini aku tidak balas walaupun selepas itu aku mendapat panggilan... Juga aku tak jawab. Kejamkah aku? aku bisikkan lagi dalam diri ku.  
    "Assalammualikum zul.Apa khabar. Ni, mak ni.. Mak nak minta tlong sangat2 dgn zul..ayah, dekat hospital sekarg nie dah dua bulan ayah dkt sana... ayah temankan iki kat hospital...Mak sekarang nak pakai duit duit... Kalau zul boleh tolong mak? Duit beras pun tak ape zul...Boleh ke tak boleh zul tolong balas balik sms mak yea... Jangan buat mak tertunggu-tunggu"  Ini lah bunyi sms yang aku terima. Terkesan juga aku dibuatnya tapi aku tak balas pun... Kejamkah aku?
      Hampir 10 tahun aku bersama dengan mereka. Aku bukan saje tolong duit dan beli perbelanjaan mereka.. aku juga cuba membimbing anak mak dan ayah tapi ternyata mereka lebih suka ikut kemahuan sendiri daripada cuba membantu menyenangkan keluarga yang susah.
aku kasihankan mak dan ayah tapi anak-anak yang ada seperti tidak kesah dengan kesusahan yang ada. aku sudah bosan berkorban untuk orang lain sehingga aku terabai kepentingan aku sendiri. 
      Bukannya aku mengungkit atas apa yang telah aku lakukan tapi aku terkilan kerana masa aku susah tiada siapa yang tolong. Dan bila aku minta tlg, tidak pernah mereka kesah pun... Setelah sedar dgn kebodohan sendiri.. inilah tindakkan yang aku ambil. meninggalkan mereka walaupn pernah ada sayang bertaut di hati aku suatu waktu dahulu.

      Kebelakangan ini aku rindukan suasan kampung yang damai dan sepi. Aku rindukan suangi yang sejuk dengan anak ikan yang liar berenang di celahan batu. Aku sudah rasa bosan duduk dalam hutan batu yang bising.  Aku bercadang untuk kembali ke kampung suatu masa nanti. 
Aku masih ingat kampung aku yang berada di perbukitan. subuhnya yang berkabus. Waktu senjanya yang indah dengan angin yang berhembus mesra. Bebas dari kebisingan kota yang bisa memebuat penghuninya hilang ingatan. 
      Aku sendiri telah hancur setelah menghuni Kuala Lumpur selama 10 tahun lamanya. hancur cita-cita. hancur jiwa yang dulunya murni. Sepertinya mahu pulang dan mengabdikan diri pada kedamaian kampung. Biar kesucian jiwa kembali kumiliki. Dapatkah semua itu aku miliki lagi?
        

1 comments:

Anonymous said...

I think u should forgive them and u should also forgive urself and redha dengan takdir Tuhan. Dunia ni cuma satu persinggahan ke alam akhirat yang kekal. Allah ada berfirman yang bermaksud: "adakah manusia menyangka yang mereka akan dimasukkan ke syurga begitu saja tanpa perlu merasai sebarang ujian?" Sbb itu disyorkan, redha apabila ditimpa musibah, dan bersyukur apabila menerima rahmat. Sesungguhnya, kedua-duanya adalah baik andainya manusia mengetahui. Haa... Macam tu lah lebih kurang firman Allah di surah yang lain.