
Masa mula-mula aku datang KL lebih kurang sepuluh tahun lalu, aku tersangat ler jahilnya tentang lrt ni... Nak masuk tak tahu.. nak lalu pintu tak tahu... Tapi masa telah mengajar aku untuk menjadi bijak hidup di KL. Dan sekarang ni putra lrt sudah menjadi pengangkutan aku yang utama selain cab n bas... So , aku berbangga dengan diri sendiri kerana aku tidak lagi jahil walaupun aku lahir di sebuah kampung yang terpencil dan tidak punya kemudahan...(Tepuk tangan untuk diri sendiri)
Sedang di kampung dulu, pergi sekolah pun kena jalan kaki sejauh hampir 10km...Kepayahan dan kesusahan itulah yang menjadikan aku seorang insan yang tabah dan kuat semangat...
Dalam 9 hari ini aku hari-hari guna putra lrt dari taman bahagia dan turun ke Pasar Seni lepas itu aku ambil bas untuk pergi ke Mines shoping fair dekat serdang sana... Kerja sebagai makeup artis kat the body shop ini tidak seperti makeup artis lain seperti MAC, BOBBY BROWN atau stage yang hanya duduk kaunter atau butik dia... Makeup artis the body shop banyak berjalan n out station. Kat Mines ini kerana ada kios sempena hari ibu.
Aku rasa buang masa sebenarnya kat kios ini tapi nak buat macam mana leader aku yang kening macama shin chan nak juga letak dua orang makeup artis kat situ, pada hal seorang pun boleh jaga cuz bukan ada custmr nak makeover pun.
Datang ke Mines ini bukan sahaja buang duit tambang tapi merugikan aku kerana aku tak dapat buat sale langsung.... Nasib bulan ini ada sale so aku boleh ler buat sale nanti...

0 comments:
Post a Comment