Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU

         Selamat hari ibu buat ibu-ibu di seluruh malaysia...Sepanjang-panjang hidup aku, aku tidak pernah walau sekalipun menyambut hari ibu... Ibu aku pergi sewaktu aku tidak tahu adanya hari ibu... Tapi sekarang walau pun tanpa ibu aku akan ingat dia sebagaia seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang. Seorang ibu yang menyokong dengan apa juga cita-cita dan impianku... Seingat aku ibu seorang yang kuat semangat dan sentiasa sayangkan anak-anaknya walaupun hatinya sentiasa terluka kerana hal-hal yang ada di persekitaran.
        Telah 15 tahun ibu pergi... Terkadang aku terkilan juga kerana saat ibu pergi aku tiada di sisinya. Aku tak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir... Namun apa lagi yang aku kesalkan.  Dengan restu ibu aku mahu mencapai impian yang dulu pernah aku bagi tahu kat ibu...Dan ibu merestui apa juga yang aku inginkan....
      Kedewasaan ini membuatkan aku matang...dan kini aku tidak takut lagi memperjuangkan cita-cita asal aku...

0 comments: