Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Thursday, August 20, 2009

52 tahun malaysia merdeka



Zaman derita tanah melayu yang kini bergelar Malaysia sudah berlalu. Segala seksa dan keperitan telam lama terlipat dalam sejarah walaupun kesan dan parutnya masih ada di hati para pemimpin yang terdahulu. Setelah mengharungi segala liku dan ranjau duri untuk berada di pentas dunia akhirnya Malaysia mampu berdiri sebagai sebuah negara yang membangun dan gah di mata dunia.
Sebagai anak Malaysia yang lahir selepas beberapa tahun kemerdekaan, aku semamngnya berbangga dan rasa cukup bertuah hidup di negara Malaysia yang aman dan masih kuat dengan sifat-sifat yang murni. Walaupun ada pelbagai kaum yang tinggal di dalamnya namun itu tidak pernah menjadi penghalang untuk mencapai satu tekad dan impian Malaysia untuk menjadi sebuah nagara yang aman dan hidup dalam harmoni. satau Malaysia.
Sepuluh tahun lalu ketika aku baru sampai ke kuala Lumpur yang menjadi ibu negara Malaysia pembangunan masih lagi tidak sepesat seperti apa yang ada pada hari ini. Ketika itu Monoril masih lagi dalam pembinaan di lalui yang sesuai terutama di Bukit Bintang yang menjadi nadi kota di Kuala Lumpur. Di sini Bukit bintang tersedia macam hiburan dan apa yang diinginkan oleh penduduk kota. Ketika itu aku masih budak hingusan dan masih terlalu hijau. Dan kehijauan aku datang dengan segala impian dan harapan untuk berjayaa di Kuala Lumpur.
Setelah sepuluh tahun lebih menjadi penghuni kota aku juga menyaksikan pembangunan dan kejaya Malaysia melakar sejarah di mata dunia tapi aku masih seperti sepuluh tahun lalu. Maksud aku , aku masih belum mencapai apa yang aku inginkan dan impikan selama ini. Tidak lah semua apa yang aku impikan itu tidak tercapai tapi impian terbesar aku seperti telah hanyut dibawa arus pembanguna dan aku terlali kerananya.
52 tahun meredak aku ingin bangkit dan mengumpul semual kekuatan yang masih tersisa untuk segah dengan apa yang Malaysia miliki. aku malu menjadi anak merdeka yang masih tidak mampu membebaskan diri daripada kemalasan.

0 comments: