Tujuh tahun lalu anak perempuan Kak Aida yang seorang itu baru khawin dan menantunya turut kerja di kedai makan. Pada mata aku dan mungkin juga kawan-kawan aku, menantunya baik. ( Sepanjang yang aku kenal suami anak kak aida baik dan agak pendiam orangnya).
Namun apa yang anak Kak aida ceritakan semalam jauh dari apa yang aku sangkakan... Rumah tangga mereka sedang menanti untuk roboh setelah pihak perempuan tidak mampu bertahan dengan sikap suaminya yang suka ambil barang terlarang. Patutpun badannya kurus semacam dan sentiasa tidak ceria. Medengar cerita anak Kak Aida, ada rasa kasihan dengan nasib yang mendatang hidupnya. Apatah, dia sudah berkorban masa, tenaga dan ang ringgit tapi semua itu tidak pernah diharga oleh lelaki yang bernama suami. Hanya akan muncul apabila mahukan wang atau ada kesusahan yang dia hadapi.
Kisah seperti ini sebenarnya banyak berlaku di mana lelaki anggap mereka itu terllau berkuasa sehingga lupa untuk menghargai kasih sayang seorang wanita yang bernama isteri. Sebenarnya apa yang lelaki inginkan? Masa belum khawin mahukan seorang isteri yang cantik dan menurut segala kemahuannya. Ya, ada wanita yang sanggup berkorban demi memenuhi kehendak sang suami, demi kebahagiaan dan kegembiraan suami tapi akhirnya lelaki tinggalkan dia dan abaikan dia...
Bukannya menghukum atau sekadar menyalahkan pihak lelaki dalam soal ini tapi bila benda sebegini berlaku depan mata, aku menjadi hairan... Dalam keluarga aku sendiri hal sebegini berlaku. Isteri punyalah cantik dan bergaya, malah bijak dalam urusan rumah tangga namun si ssumai masih tidak mahu berlaku setia kepada isteri. Isteri yang dahulunya tidak bertudung, pakai tudung, tutup rambut yang hitam halus bagaikan benang sutera kerana sang suami mahu seorang isteri yang menutup aurat. Namun dalam masa yang sama si suami ada kekasih lain, seorang wanita yang seksi penampilannya. So apa yang dia mahukan sebenarnya? Kalau dia mahukan perempuan yang seksi, suruh saje isteri itu pakai seksi kalau itu yang diinginkan.
Ah!.. mungkin aku tak faham dan tak mengerti kerana aku masih bujang...Mungkin juga. Secara halusnya aku lebih senang hidup bujang dan sendiri apabila melihat keruntuhan rumah tangga, walaupun rumah tangga tersebut pada awalnya dibina atas dasar cinta dan kasih sayang.

0 comments:
Post a Comment