

Warna keemasan aku palitkan pada kelopak mata wanita cina yang akan menjadi isteri kepada lelaki melayu. Aku gembira memberikan sentuhan seni ku kepada wanita tersebut yang juga aku aku. alhamdulillah kerana dia akan menjalani hidupnya sebagai seorang wanita muslim...
Pada pipinya yang agak berisi aku layangkan warna oren keemasan dengan sedikit campuran pink. Dan untuk mendapatkan illusi wajah yang bujur indah aku buat sedikit shading pada pipi dan rahang. Solekkan yang aku buat pada may tidak terlalu berat kerana ini hanyalah majlis akad nikah yang dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat.. Walaupun ringkas aku tetap mahu kan May kelihatan menarik dari biasa.
Bibirnya yang sederhana aku palitkan pula dengan lipstick warna rose mudah biar wajahnya berseri bak bulan mengambang tika dia tersenyum...

0 comments:
Post a Comment