


seni kecantikkan juga menjadiminat aku tapi bukanlah cita-cita asal aku... Dan aku juga tidak punya impian untuk menjadi seorang yang pandai dalam seni kecantikkan seperti merias wajah seorang pegantin atau mana-mana artis terkenal...Namun aku bangga dengan apa yang aku buat selama ini. Ini adalah hasil kerja aku merias pengantin pada 29 nov. Busana yang pengantin kenakan gabungan merah rosa dan putih kapas... Untuk kelopak mata aku gunakan warna kuning keemasan..pipi juga aku layangkan warna yang bernada sama oren keemasan mengikut ton kulit pengantin... Kerja untuk menjadikan wajah pengantin supaya manis dan ayu agak mencabar kerana pengantin menghadapi masalah kulit yang berjerwat dan tidak sekata. Jika pada malam berinai wajah pengantin agak garang, berlainan pula pada waktu siang, di hari persandiangan... Aku melembutkan wajahnya dan meredupkan matanya yang agak galak..aku berpuas hati kerana pengantin suka dengan kerja aku namun sebenarnya masih banyak lagi yang boleh aku perbaiki.

0 comments:
Post a Comment