Kalau hendak mencari contoh anak kampung yang gagal meraih impiannya di kota besar ,aku adalah orangnya. Sudah hampir 15 tahun aku duduk di Kota besar Kuala Lumpur tapi aku masih gagal meraihi impian aku yang besar juga sewaktu mula-mula aku datang kl. Dari kampung yang terletak jauh di hujung tanah sabah. Utara Sabah. aku memasang impian dengan harapan yang besar. aku mahu jadi somebody satu hari nanti. Tapi hingga kini aku masih seperti budak kampung yang masih punya impian yang besar-besar tapi makin pudar kilauannya. Arus dan bdari kota telah menghanyutkan segala impian aku yang muluk-muluk.
Bukan salah sesiapa. Salah sendiri kerana sesat dalam arus kemodenan Kuala Lumpur..dan banyak sebenarnya yang menjadi faktor kenapa aku masih belaum mampu bersinar bersama impiana aku yang masih tersemat kukuh dalam dada ini...
Telah 15 tahun aku bazrkan di kota yang bernama Kuala Lumpur... mampukah aku dirikan balik cita-cita dan impian dalam masa sebulan... setahun... Atau haruskah aku terus hidup dalam impian yang tidak pernah menjadi nyata...
Bayang 2010 kian jelas... mestikah aku meratapi masa yang telah aku bazirkan? Tidak! kerana semua itu tidak akan dapat aku kembalikan. Aku hanya berdoa dan berharapan tuhan masih berikan aku kesempatan dan kekuatan untuk mewujudkan cita-cita dan impian aku yang telah terkubur bersama silau neon kota bernama Kuala Lumpur.
Hari berkasih sayang
13 years ago

0 comments:
Post a Comment