Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Monday, December 21, 2009

Maafkan aku..Andai masih ada kesempatan...

Aku baru keluar dari panggung apabila aku mendapat panggilan telefon dari ema yang mengkhabarkan kesihatan seorang hamba Allah yang pernah dekat dalam hidup aku. Hamba Allah ini sudah lama aku tidak dengar khabar tentang dirinya. Kali terakhir waktu dia menjemput aku untuk hadir dihari persandingannya. Waktu itu aku tidak hadir kerana terikat dengan kerja. Aku gembira dan tumpang bahagia kerana dia telah berteemu jodohnya. Itu adalah yang terakhir aku jumpa. Beberapa tahun lalu.
Dan hari ini aku dengar dia sedang terlantar sakit di Hospital Taiping(kampungnya) kerana demam malaria yang telah teruk sehingga ema kata masih tak sedarkan diri selama dua hari. sudah seminggu dia berada di hospital. Sebagai insan yang pernah dekat dalam hidup hamba Allah tersebut, aku hanya berdoa semoga dia diberi kesempatan untuk melihat matahari bersinar. Masih ada waktu untuk melihat anaknya membesar.
Biar masa telah berlalu dan kenangan manis itu telah terlipat dalam kurungan waktu, semuanya masih segar dan indah dalam ingatan aku... Saat aku dan dia menjadi 'teman' rapat. Dikesempatan yang masih ada.. lewat angin malam yang berhembus, aku mohon maaf dan aku juga maafkan sekiranya masih ada kesilapan dan kesalahan yang tidak pernah aku sedari berlaku. aku juga dengan tulus hati memaafkan dan menghalalkan apa juga yang pernah dikongsi bersama suatu waktu dulu.
Ema kata anak lelaki teman, nama dia Daniel zulkarnain... Ada nama 'zul' pada anaknya. Aku tak passti kalau dia sengaja menamakan anaknya seperti itu atau itu adalah kebetulan.
Jika masih punya waktu dan aku ada kelapangan mahu juga aku pergi melewatnya tapi keadaan dan jarak yang tidak mengizinkan.
Sebenarnya aku sudah lama lupa akan hamba Allah ini. Bukan kerana aku marah atau berdendam. Tidak sama sekali kerana dia memang seorang 'kawan' yang baik. Aku gembira kerana dia bertemu pasangan hidup yang boleh memberikan dia kebahagiaan. Kalau bukan Eam yang call. Tiadalah aku tahu cerita tentang dirinya. Kata akhir... Aku berdoa dengan tulus hati semoga dia masih diberikan kehidupan dan kebahagiaan untuk hari esok. amin.

0 comments: