Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Tuesday, January 5, 2010

...dan kupu-kupu itu tak terbang lagi....

Ini cerita seorang kawan baru. Seorang yang dahulunya kerjanya berada di lorong-lorong gelap bak kupu-kupu malam yang sayapnya berkibar penuh warna indah dan mengoda tiap yang melihtanya. Dia makhluk tuhan yang menggunakan segala kecantikan dan keseksiannya untuk wang semata.
Di mana pun lorong dia berada dialah dewi malam yang bisa mencarikan hati lelaki yang memandanganya. Dengan lengok badan dan wajah yang cantik(Wajah hasil daripada pembedahan dan suntikan pelbagai jenis hormon) dia biasa membuat lelaki or jantan miang melaburkan duit kepadanya. Hampir sepuluh tahun dia hidup dalam kemewahan dan rasa glomer sebagai primadona dikalangan pondan-pondan di kota kuala Lumpur akhirnya dia naked untuk berhenti berada di lorong yang pernah memberinya satu kehidupana yang penuh dengan kilauan dusta dan bernoda.
Katanya sewaktu dia hidup bak rerama cantik yang akan terbang bebasa ke mana saje dia suka... Dia telah meraakan kehidupan penuh glemer. Banyak wang dalam tangan. Ada kereta tapi semua itu katanya seperti air yang mengalir pergi. Tidak kekal. Dan selama menjadi rerama lorong dia sedar tiada satupun harta dan kemewahan yang melakat untuk dibawa ke hari tua.
Kini dia hanya berkerja sebagai promoter dan gaji tidak lagi semewah dulu tapi katanya dia lebih rasa gembira dan berharga...
Begitulah hidup kita sebenarnya... Hasil yang kita perolehi dari kerja yang kita buat berdasarkan kemulian akan lebih berharga... Amin... Biarlah kita hidup sederhana dengan apa yang kita ada...
Siapa kita dalam masyarkat tidak penting.. Biar pondan, bapuk , gay or pengkid.. tidak penting.. yang penting hati kita...

0 comments: