Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Tuesday, March 30, 2010

36 tahun mencari...

hanya beberapa hari lagi genap lah 36 tahun aku hidup di dunia. Dan selama itu aku masih mencari sesuatu yang memberi makna dalam hidup aku... cinta abadi, kejayaan, kemasyuran dan segala yang indah... Mungkin bukan yang abadi di dunia ini tapi cukup kalau aku pernah merasakan semuanya sebelum ajal menjemput aku pergi. Pergi yang tidak akan kembali.
Seawal kelahiran aku, seperti juga bayi-bayi yang baru lahir, pastinya tangisan yang akan kedengaran. Menurut ibu aku yang penyayang, tangisan aku tidak lah sampai memekakkan telinga siapa yang mendengarnya. Mungkin benar juga kerana aku sekarang pun jenis yang sangat lemah lembut dan berperasaan halus(Tafsiran sendiri..) Mungkin tangisan aku yang indah didengar aku dijaga, diberi susu, makan dan pakai walaupun keluarga aku bukan dari keluarga yang senang. makan apa yang ada. syukur kerana kini aku masih bisa menghirup udara yang segar di bumi Kuala Lumpur yang penuh dengan noda dan lumpur.
Dari kecil aku dibesarkan seadanya. Sejak kecil lagi sering ditinggalkan oleh orang tua kerana ayah dan ibu berkerja ladang. Seawal pagi sebelum matahari keluar sudah tinggalkan rumah dan balik apabila senja telah hilang. Dan aku ditinggalkan bawa jagaan kakak... Tapi seingat aku ketika aku selalu bermain dgn kawan-kawan tanpa ada kakak dan abang. Aku main lumpur dan main perang-perang dalam hutan belukar.. Tanpa jagaan aku panadai berdikari sendirinya... Hanya aku menginjak alam remaja baru aku sedar yang aku kurang diberikan perhatian dan kurang kasih sayang..Bermula di tingkatan 2 aku mula mencari erti kasih sayang dan perhatian yang selama itu aku tidak miliki. Aku mula menagih dari cikgu-cikgu dengan menjadikan aku seorang pelajar yang cemerlang. Aku jadi popular dikalangan kawan-kawan kerana kebaikan aku dan kepandaian aku si sekolah. Namun jauh di sudut hati aku tetap seorang anak yang sepi..
Kembara aku dalam mencari kasih sayang dalam berkeluarga berakhir apabila aku menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga di daerah kudat. Menjadi anak angkat Murtaza Amirdad. Dalam keluarga ini aku kenal erti kasih sayang. Benarlah kasih sayang tidak ada sempadan.
Perjalanan aku masih panjang, kerana aku masih mencari cinta yang bisa membuatkan aku gembira dan cinta yang bisa mendorong aku untuk mencapai apa yang aku inginkan... Masih lagi mencari kejayaan dari cita-cita yang selama ini aku ukirkan dalam dada. Entah bila segalanya akan menjadi nyata... Semoga angka 36 ini akan memberi makna dalam hidup aku sebagaia seorang pengembara.

0 comments: