Di antara kita, pasti pernah mengalami rasa sakit hati kerana perbuatan seseorang yang pernah kita kenal dan yang pernah dekat dalam hidup kita... Bukan saja sakita hati tapi sampai melukakan hati kita pun pernah...
Seperti juga insan lain, aku juga pernah mengalami rasa sakit hati dan rasa luka yang sangat dalam... Pernah juga aku benci dan dendam kerana perbuatan insan yang pernah dekat dalam hati aku... Dendam yang dalam... Namun akhirnya aku sedar... tak perlu aku simpan rasa sakit hati tersebut kerana yang sengsara bukan insan tersebut tapi jiwa aku sendiri yang makin sakit kerana perasaan benci yang masih ada dalam hati...
dan aku sedar, secara tak langsung aku sebenarnya seakan tidak dapat melupakan insan itu biar pun di bibir aku katakan aku tak mahu mengingati dia lagi...Makin dalam rasa benci itu makin sukar untuk aku lupakan kesakitan yang aku alami...Bertahun lamanya aku cuba melupakan semua rasa sakit hati dan akhirnya perasaan itu pergi dengan mudah setelah aku memaafkan insan tersebut dengan hati yang ikhlas... membersihkan hati dari segala kebencian dan rasa dendam adalah kunci utama untuk aku melupakan kenangan yang menyakitkan.. juga melupakan insan itu.
dengana hati yang bersih.. aku masih boleh menerima kehadiran siapapun yang pernah membuat luka di hati ku...Dan aku belajar dari kisah silam yang pahit...
Dalam kisah luka dan benci aku kenal diri aku.. ternyata aku bukan seorang yang pendendam juga bukan orang yang pembenci... Aku punya sekeping hati yang indah...
Hari berkasih sayang
13 years ago

0 comments:
Post a Comment