Di Gym yang terletak di bloc C hanya seorang je di dalamnya.. awekkkkkkkkkkkk. But aku tak pedulipun dengan awek tu kerana mungkin dah jadi sikap orang bandar yanh tak perlu peduli dengan hal orang lain... Hampir setengah jam aku dalam gym... (Badan kena jaga.. terutamanya bahagia perut...Yesssss, perut jangan sampai boroi mengalahkan perempuan mengandung 9 bulan...Biar muka tak handsome asal badan mantap)... Setelah berpeluh aku keluar dan pergi pula ke bilik sauna. Dalam sauna aku berkurung selama 15 minit saje... Seronoknya manjakan diri di hari cuti....Keluar dari bilik sauna aku terus ke 'swiming pool'. (Sungguh, hidup aman dan senang seperti anak raja pula rasanya... buat apa saja tanpa ada gangguan... Kalau anda dapat rasakan suasana apa yang aku rasakan pasti anda rasa kebahagiaan yang hangat...)
Aku berenang dan terasa seperti seekor ikan yang berada di lautan bebas atau berada ditasik yang dingin dan jernih. Dengan hanya berseluar dalam aku menyelam dan berenang terus sehingga nafas aku hampir putus kepenatan. Bila rasa penat aku berhenti dan duduk di tepi kolam sambil menikmati tiupan angin pagi dan sinaran matahari yang menghangatkan kulit aku yang putih kekuningan.
Sebenarnya hari ini aku senang dan seperti baru terlepass dari satu bebanan yang selama ini terbuku dalam hati aku... Semalam aku agak tertekan setelah pihak syarikat tempat aku berkerja kata semua claim kami( makeupartis) tidak diluluskan dan tidak boleh calim apa-apa lagi kerana kami sudah ada elauan rm500 sebulam... Pada hal sebelum ini boleh sahaja. Kami kecewa sangat kerana telah gunakan duit sebelum ini untuk ke mana-mana demi kerja yang di suruh... Untuk tidak terus berada dalam tekanan(Tekanan tidak elok untuk jiwa dan minda, itu pendapat aku.. nanti kita tidak mampu berfikir dan urat-urat akan cepat kendur.. bila kendur akan cepat tua.. aku tak mau itu berlaku kepada aku) Aku ambil keputusan untuk tidak memikirkan semua itu. Lupakan kerana bukan rezeki aku biarpun claim aku itu berjumla rm1000. untuk tiga bulan.
Bila aku puas berenang aku keluar dari kolam berlaga seperti anak-anak orang kaya... Hidup kena begitu.. tak perlu tunjukkan yang kita ada masalah kerana kalaupun kita tunjukkan tak ada sesiapapun yang akan datang lalu memberikan apa yang kita harapkan... Kita kena berusaha dan bangikt mencari apa yang terbaik untuk hidup kita sendiri. Dan itulah yang aku mahu lakukan.

0 comments:
Post a Comment