Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Tuesday, May 19, 2009

...Kala diri kita terhambat oleh kenangan lalu sepertinya semuanya tidak mahu bergerak ke hadapan... Terasa ingin hidup pada masa lalu yang sangat manis dan indah... Dan begitulah aku tika ini. Aku ingin kembali ke zaman silam yang cukup manis. Bermain dengan lumpur dan lopak tepi bendang. Mengejar rerama pada waktu pagi saat makhluk kecil yang cantik itu berterbangan mencari bunga liar. 
     Aku ingin kembali riang seperti zaman kanak-kanak dahulu. Hati tidak pernah risau akan masa depan. Yang ada hanya keriangan dan kegembiraan melakukan apa juga yang terlintas di fikiran. Selain mengejar dan menangkap rerama aku juga mengejar anak-anak babi ( masa itu aku belum tahu lagi babi itu haram dalam islam.. aku lahir dalam sebuah keluarga dan dalam masyarakt yang semuanya free thinker..Pagan). Aku ingat masa itu aku belum pun masuk sekolah rendah. Dan bila aku sekolah aku sudah tidak lagi bermain dengan anak babi yang berwarna pink... itu adalaha satu-satunya kenangan yang tak mahu aku ingin kembali. kha khaa
     Mana mungkinkan kita bisa kembali ke satu zaman yang riang... Masa terus berlari dan kita sendiri perlu bergerak ke hadapan. Sedih juga apabila apa yang kita rancangan tidak seperti yang kita alami...Cinta. cita-cita dan kebahagiaan tidak lah seperti yang diidamkan... Cinta tidak lagi hadir memberi indah di jiwa.. cita-cita yang dikejar semakin jauh meninggalkan diri... Bahagia yang dicari hilang di balik awan yang kelabu...
    Hari ini aku dibelanggu dengan pelbagai masalah yang sebenarnya tidak lah berat tapi sukar untuk aku abaikan... sudahnya jiwa seakan diseksa...Dan sebahagian masalah tersebut berpunca daripada kerja... Berkerja dibawah seorang ketua yang gila kuasa dan glemer sangat menyakitkan... Kini aku berusahaa untuk keluar dari kegilaan itu.. semoga berjaya kepada diri aku yang sentiasa muda.. walau pun sebenarnya umur kalau dikira sudah tua.. kha khaaaaaaa
      

























0 comments: