Tak habis dengan Mat rempit, kita dihidangkan pula dengan kisah peragut yang tidak berhati perut. Betapa pedih dan sedih hati ahli keluarga yang menjadi mangsa sehingga ada yang hilang nyawa kerana keganasaan insan yang tidak berhati seperti manusia lain...
Aku ada satu cadangan untuk mengajar mat rempit dan peragut yang tidak peduli kepada undangan-undangan buatan manusia... Ya, bagi mereka undang-undang itu hanya sekadang garis panduan yang boleg dilanggar... Jadi, apa kata kalau penguatkuasa negara malaysia luluskan pula satu rang undang-undang baru khas bagi mat rempit, peragut atau perompak... Idea aku ini pasti akana menguntungkan kerajaan..
1. Mata rempit atau peragut yang dapat ditangkap tidak perlu dibicarakan atau masukkana dalam jel kerana cara itu hanya kan membazirkan duit kerajaan untuk memberi mereka makan di penjara pula. Mereka ini humbang saje dalam kandang buaya atau jadikan makanan harimau dan singa di zoo. Dengan cara itu pihak zoo atau taman buaya tidak perlu keluarkan duit. Duit untuk beli makanan buaya atau harimau lebih baik bagi kat rumah kebajikan atau beeli makanan untuk anak-anak yatim. Itu lebih murni daripada bagi Mat rempit makan dalam tahan. Penjara pun tidak sesak.
2. Mat rempit dan peragut yang ditangkap, kalau nak tahan juga, kerahkan untuk buat bangunan. Gantikan mat indon dan mat Bangla yang ramai kat bidang pembinaan. Daripada dia orang merempit dan meragut baik pihak kerajaan paksa saje dia orang ini jadi buru binaan. Selain mereka dapat kerja.. negara kita juga tidak dibanjiri oleh rakyat asing yang juga banyak menyumbang ketidak amanan dalam negara..
Semoga pihak kerajaan dapat fikirkan sesuatu yang baik untuk mengembalikan perasaan aman dan tenteram rakyat. Saya rasa buaya yang ada di zoo dan taman buaya melaka dan harimau setuju dengan cadangan aku ini. Daripada sesakkan penjara yang ada dengan mereka yang menyusahkan orang lain baik letak buaya bersama mereka.
Aku rasa masih ramai rakyat malaysia yang punya idea yang lagi bernas daripada ini. Setakat jadi makanan buaya rasanya belum cukup bagus lagi...Walaupun cara ini banyak menjimatkan perbelanjaan negara. Duit untuk beli makanan buaya jimat. Tanah kuburan pun tidak sesak. Rasanya tulang temulang mat rempit dan pergaut masih cukup manis bagi sang buaya dan harimau...Saya harap suatu hari nanti saya akan jadi salah seorang pengubal undang-undang Malaysia dan aku akan laksanakan idea yang cantik ini...
Dalam rang undang-undang tersebut ibu bapa atau ahli keluarga Mat rempit dan peragut yang dapat ditangkap tidak dibernarkan menuntut mereka..
Tapi selagi kita orang melayu yang kaya dengan perasaan kasihan dan tolak ansur mana mungkin semua itu terjadi... Namun tiada salahnya sesekali kita mau jadi kejam untuk kebaikan...Kannnnnnnn!

0 comments:
Post a Comment