Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Tuesday, May 26, 2009

Kalau dah pondan, pondanlah juga..Over manjang!!!

       Aku nak cerita sikit...(banyak sebenarnyaa cerita) tang perangai kawan pondan aku yg seorang ni...Cerita bermula dari awal tahun... meletup kata nak tunang, nak kahwin... Lepas kahwin nak pindah pulak duduk kat Putra Jaya...Aku rasa tempat tu bagi mereka yang hidup lima bintang tarafnya... Tapi tulah yang kawan ni asyik hebohkan tiap hari.Mengalahkan tv3 iklankan Jom Heboh dia. Okeylah.. pasal semua itu aku dan geng-geng tempat kerja dengar saje namun percaya tidak sekali kerana dah masak dan terlebih masak dengan sikap member yang poyo ini.
        Sekarang dah bulan Mei cerita tunag dan kahwin senyap saje. Cerita nak pindah Putra Jaya juga tidak kedengaran. Cerita pasal 'Papa'nya juga kian dinging. Tidak lagi serancak awal tahun dulu. Tapi bukan cerita itu yang nak aku kongsikan di sini walaupun masih berkaitan dengan si pondan yang tak pernah mahu sedar diri tentang kepoyoannye itu.
       Dia ini sebenarnya baik orangnye, cantik tu memang ler cantik .. ramai orang yang tengok dia akan puji pasal kulitnye yang cantik, muka cantik tinggi pulak itu... Dengan kelebihan yang semua itu perangian dia pun lebih juga... Dia saje yang lebih dari orang lain... Kerana dia ni selalu nak lebih, maka dapat ler jadi top sales. Dan Top sale ni pula akan dapat insentive dari company. Maka dia n seorang laki geng dapat ler pergi ke Jogjakarta bulan june ni.
      Ini cerita pasal pagi tadi....Sebelum itu biar aku terangkan serba sedikit pasal dia ni...Dia kata dia ada pakwe ler... dalam bahasa dolongan pondan atau nyah atau adik-adiknye,'laki'. Dia ni ada ber'laki' la.  'Laki' dianye dia panggil papa je (dia cerita tapi aku dan geng lain tak pernah nampakpun rupa laki dia ni...Menurutnye laki dia ni seorang yang sibuk dan kerja kat belah pantai Timur). Biar aku gelarkan dia pondan tingtong je (PT)
PT: aku tak mau pergi trip tu ler.
AKU:Kenapa? (Aku tak pandang muka dia pun kerana masa itu sibuk buat kerja.
PT:Papa aku marah.
      Aku tersenyum kecil dengan kebodohan dia..(Pondan kalau dah ber'laki' sanggup buat apa saje demi menjaga hati seorang lelaki yang sah-sah tidak akan dapat dimilikinya dalam dunia yang nyata. Bodohnya pondan inikan wahai kawan-kawan ku.
AKU: Kenapa pulak dia nak marah? Dan kenapa pula kau nak ikut sangat cakap dia sangat? 
PT:Seorang isteri kena ikut cakap seorang suami.. Syurga itukan di bawah tapak kaki suami. 
      (Itu jawapannya sambil tersenyum simpul. Aku rasa macam nak ketuk je kepala dia yang penuh dengan otak bodohnya itu)
AKU:Kepala hotak kau syurga di bawah tapak kaki papa kau tu. Kau ingat pondan macam kita ini ada syurga di bawah tapak kaki seorang lelaki...
       Jawapannya hanya gelak dan senyumannya.... Nak kata dia ni tak sekolah kata ada diploma...
        Aku paling bengang dan geram apabila pondan atau tak kira pondan ke, perempuan ke, laki ke terlalu ikut kan dan jagakan hati pasangannya sedang orang itu tak menjaga hati kita... macam pondan yang seorang ni ler.. Dah ler papa dia ni tak pernah muncul... banyak pulak menyusahkan dia... Walaupun dia tak pernah cerita namun aku dan geng tahu yang dia selalu bagi duit gaji dia kepada papa dia ni...Itu lah kebodohan pondan ini.
       Semoga hati aku tidak dibukakan untuk mencintai seorang lelaki walaupun sebenarnya aku ni bukan la lelaki lurus. Biar mati hati ini daripada miliki cinta yang tidak sempurna...
      
      
      

1 comments:

Tinta Penulis said...

tahniah..aku pasti kamu kuat..lurus @ bengkok kite..jangan songsang kan dunia..yg nyata kt dilahirkan sebagai lelaki/perempuan,ikut landasan..saat dlafazkan azan pada telinga selepas lahirkan kebumi itu tandanya kamu lelaki..