Sebenarnya hubungan aku dan adik beradik yang lain tidaklah rapat tapi kami tetap mesra dan saling berhubung. dan kami saling membantu jika ada yang memerlukan bantuan. Sedari kecil kami sudah terbiasa berpisah dan hidup dengan sendirinya namun itu tidak bermakna kami tidak saling membantu.
Kedatangan aku disambut dengan gembira oleh kakak dan abang ipar... Begitu juga dengan keluarga abang ipar... aku lihat mak mentua kakak aku sayang dan mengambil berat juga terhadap kakak aku.. ya, memang itu yang aku harapkan. aku bimbang kalau kakak aku terseksa.. nampaknya dia bahagia menjalani kehidupnya sebagai isteri...
cuma yang buat aku sedih kerana kakak aku baru keguguran kandungan sulungnya...Menurutnya dia sendiri tidak tahu yang dia mengandung dua bulan sehinggalah dia keguguran...Iya.. mungkin belum rezekinya untuk dapat anak... Aku doakan dia masih diberikan rezeki memandangkan umurnya bukan lagi muda. Tahun ini sudah 40 tahun umur kakak aku.
Aku sebenarnya kagum dengan ketabahan dan kegigihan kakak aku menjalani hidupnya dirantau orang selama hampir 20 tahun. Sehabis sekolah kakak telah merantau ke pulau pinang dan berkerja di sebuah kilang di sana. Masa aku sekolah kakak selalu juga kirim duit untuk belanja aku masa itu. Dan sehingga sekarang pun kakak masih bagi duit jika aku minta... aku perlu aku yang kakak aku seorang wanita yang cukup tabah dan berhati mulia terutama kepada adik beradiknya. Sekarang dia sudah punya keluarga sendiripun masih lagi menitipkan duit buat anak kakak yang sulung...
aku sebenarnya terlalu banyak makan budi terhadap kakak aku yang satu ini... Mungkin bukan sekarang tapi aku akan berjanji untuk tetap membuat kebaik buat kakak aku suatu hari nanti. Dia juga selalu merestui apa juga cita-cita an cara hidup aku...
Semoga aku diberikan rezeki yang lebih dan aku boleh membantu kakak aku melangkapkan rumahnya di penang...amin.

0 comments:
Post a Comment