Satu-satu wajah teman sekolah bermain di dalam ingatan.... Dah hampir 20 tahun aku tidak lagi mendengar atau ketemuan dengan teman-teman... Mungkin sahaja mereka sudaha punya kerjaya sendiri dan mungkin sudah berkeluarga. Anak-anak bergelak ketawa penambah seri rumah tangga. Dan yang pastinya aku masih sendiri tanpa cinta. Namun aku masih bahagia dengan cara hidup aku. Ya! Sendiri tidak bermakan tiada kehidupan yang indah. Tanpa cinta tidak bermakna hati tidak bahagia. Memanglah sesekali sepi itu datang bertamu dalam hati tapi itu bukan masalah yang bisa membunuh kebahagiaan yang aku miliki.
Aku boleh umpamakan hidup aku seperti sang rerama yang riang dan bahagia berterbangan di antara kelopakan bunga seawal pagi di taman.
Sepi itu indah. Ada juga kebenarannya ungkapan tersebut. Ada masanya sendiri dan sepi itu indah daripada hidup berdua... tak kiralah pasangan kekasih atau pasangan suami isteri...Hari ini kita sudah banyak ditimbunkan tentang cerita-cerita suami isteri yang bercerai berai. Apatah lagi pasangan kekasih yang sanggup berbunuhan.. Ngeri sungguh berita-berita yang setiap hari aku baca di akhbar... So, aku rasa lebih baik sendiri daripada membiarkan kehidupan yang indah dimusnahkan oleh orang lain. Aku tak sanggup menyerahkan separuh hati aku untuk dilukai oleh insan lain.
Bunyinya terlalu mementingkan diri dan terlalu egoes tapi itulah aku... Jangan berikan hati anda kepada yang tersayang andai dia tidak mampu untuk menjaganya seperti andai menjaga hatinya...

0 comments:
Post a Comment