Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday, June 3, 2009

Hidup tanpa impian

       Kata orang hidup tanpa mimpi bukanlah sebuah kehidupa yang sempurna...Betulkah kata orang itu itu? Aku pun kurang pasti kerana sudah lama aku tidak punya mimpi dan tidak juga ada impian tapi aku masih rasa bahagia dengan apa yang aku lalui...Tapi mungkin juga betul kata orang tersebut kerana selama tidak punya mimpi dan impian sebenarnya perjalanan hidup terlalu mendatar... agak memboringkan juga walaupun masih bahagia.
      Ya! Benarlah kata orang itu...Jika kita menjalani sebuah kehidupan tanpa impian dan harapan benda yang sama akan kita lalui tiap hari... Membosankan! Jadi tidak salah kita pasangan impian dan angan-angan sekadar mewarnai sebuah kehidupan yang datar dan polos warnanya.
      Apa pula kata orang jika hidup tanpa cinta! Cinta itu manisan. Cinta itu harapan. cinta itu hempedu. Walau apapun lukisan dan gambaran tentang cinta namu setiap di antara kita yang masih bernafas di muka bumi ini pasti menginginkan sebuah cinta singgah di laman hati. 
     Ada orang tidak boleh hidup tanpa cinta dan ada juga yang tidak kisah ada cinta atau tidak dalam hidupnya. Namun Cinta tetap penting untuk menghidupkan sebuah jiwa yang lemah dan mati. Cinta tetap penting mengindahkan sebuah perjalanan hidup yang suram.
     Siapa yang masih mencari cinta tidak perlu terburu-buru kerana cinta itu ada di mana-mana. Jangan kerana cinta kita terpaksa korbankan diri dan kebahagiaan yang selama ini kita miliki.
Kadang-kadang sepi tanpa cinta itu pun indah jugakan... Sepi itu indah.
      Jika adan masih bertemu dengan cinta sejati dan abadi cintailah kasut buruk anda yang telah lama mengabdikan diri untuk kesihatan kaki anda...!

0 comments: