

Aku nak ucapkan terima kasih buat kawan-kawan tempat kerja kerana bagi aku hadiah hari jadi walaupun hari jadi aku sebulan yang lepas...
Ternyata zaman dan aku sendiri sudah jauh berubah. Dahulu aku hanyalah seorang budak kampung yang tidak tahu apa-apa tentang sambutan hari jadi...Dahulu aku tidak pernah ingatpun bila tarikh lahir aku... Aku tidak pernah sambut walau sekali pun... Hanya setelah aku berkerja dan tinggal pula di bandar yang maju seperti KL baru aku pandai mengingati tarikh lahir aku... Dan kini dapat pula hadiah yang berharga...
Dahulu aku hanyaa dapat hadiah jika aku dapat nombor satu atau dua dalam tiap peperiksaan di sekolah... (Tiap tahun memang aku dapat kerana aku budak pandai masa itu..Sekarang ni... aku masih pandai tapi tidak lagi dapat hadiah..kha khaaaa)
Kawan-kawan tempat kerja bagi aku wallet Fossil dan rantai... Sebenarnya bukan kerana hadiah itu yang buat aku happy tapi ingatan kawan2 itu yang buat aku rasa happy dan terharu...(Tiba-tiba nyanyi lagu happy brfday seorang2...)

0 comments:
Post a Comment