Eh! aku tak maksud apa-apa dengan peranggan pertama tersebut... semua itu terlintas di kepala apabila aku terpandangan handphone aku yang terletak di atas meja tanpa aku peduli kehadirannya kerana memang aku tidak pernah menunggu panggilan...
Aku sebenarnya baru balik bersama housemate aku dari RedBox... saje merosakkan nada lagu penyanyi asalnye... Kalau dengar suara aku menyanyi pasti menangis penyanyi asal lagu tersebut. Tadi nyanyilah lagu kris dayanti 'mencintaimu'... Sedap lagu suara kris Dayanti biar pun beliau tertelan tongkol jangung... khi khiiiiiiiiii... tapi yang penting seronok merosakkan lagu orang....
Patutlah aku tak pernah bercita-cita untuk menjadi penyanyi kerana suara aku memang tak sedap dan tak boleh menyanyi... Maksudnya aku sedar diri sejak dulu lagi tidak seperti mereka-mereka yang pergi uji bakat dalam tiap pertandingan nyanyi... Dah la suara tak sedap,, lagi teruk lari tempo pulak tu... so kepada mereka tersebut sedar la diri... Banyak lagi bidang yang sesuai untuk menjadi gelemer seperti artis pujaan kalian... Tak perlulah aku bagi contoh apa bidang nya kerana anda semua tahu kelebihan diri...

0 comments:
Post a Comment