Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday, August 5, 2009

derita hati seorang kawan

Tak ada apa yang bisa aku bantuk melainkan bagi idea dan kata-kata semangat kepada seorang kawan yang sedang lara hatinya dek masalah yang bertimpah-timpah di bahunya. Dia sudah berusaha dengan segala kudratnya yang ada sehingga mengorbankan segala kebahagiaan dirinya sendiri.
Segala keperluan keluarganya ditanggung. Belanja dapur sehingga kebil-bil air dan api juga sewa rumah dibereskannya untuk menyenangkan keluarganya yang hanya hidup sederhana. juga dia memang seorang anak yang baik. Walaupun dia ke dua tapi tanggungjawap keluarga semuanya terpikul di bahunya.
Dalam hatinya sudah lara kerana harus menanggung beban hutang ayahnya yang pinjam duit dengan along. Lagi dibebani masalah adik lelaki yang telah membuntingkan anak dara orang sehingga melahirkan anak. Dalam pening dia cuba mencari penyelesaian terhadap masalah ayahnya yang hanya mahu terus bergantung kepadanya dia juga harus menyelesaikan masalah adiknya.
Untuk ayahnya dia terpaksa buat pinjam kat bank sebanyak 7 ribu untuk melangsaikan hutang tersebut supaya along tidak mengganggu. Dia juga juga membawa adik lelaki dan awek adiknya yang sedang mengandung tinggal bersamanya. Biliknya yang besar dan selesa kini terpaksa diberikan kepada adiknya pulak dan dia tidur di ruang tamu.
Sekarang ini juga dia berhadap dengan masalah wang. duit gajinya tidak cukup untuk dirinya lagi. Nak bayar untuk bil-bil dirinyapuny tak cukup. Apatah lagi berbelanja seperti selalu.
Apatah lagi sekarang awek adiknya juga sudah melahirkan anak dan anak tersebut sudah pun empat bulan. Namun dia tetap menanggung adik dan perempuan tersebut. bagi duit belanja makan atau belikan makanan seharian.
Yang aku kesal dan kecewa kerana sepertinya juga keluarganya tidak pernah mahu mengerti dan bertanya kalau dia punya masalah atau tidak.
Semalam aku lepak di rumah dia. Aku liat betapa dalam luka dan duka dalam hatinya. Iya mungkin kerana insan seperti aku dan dia juga insan seperti kami(Kaum gay or nyahor pondan) hanya dianggap insan yang tidak berguna atau keji di mata masyarkat. Tapi sedar tak, insan ketiga itulah yang banyak sekali membantu keluarga dan menyelesaikan masalah yang ada.
Ya. kalau dikaji dan dinilai golongan pondan atau gay lebih kuat menghadapi kesusahan dan berdikari. Dan kerana itulah kawan yang banyak memendam rasa hanya berdiam diri demi kebahagiaan keluarganya. Tapi adilkah ya jika tiada siapa yang hendak ambil peduli masalah dia.
Adik dan awek adiknya yang tinggal bersama sepertinya tidak pernah mahu mengerti kesusahan abangnya.
Sebagai kawan aku tetap berdoa dan berharap dia punya jalan keluar dalam menghadapi semua masalah yang dia hadapi. Dan aku hanya mahu dia sedar kalau dia masih punya hak memerluhi segala keperluan dirinya.

0 comments: