

Antara kita pasti ada kenangan terindah dan aku juga... Antara banyak kenangan aku ketika aku makeup Maya Karin untuk satu cover malajah berbahasa org putih. Masa itu aku masih lagi makeup artis kat the body shop.
Hari itu Maya karin datang tepay pada waktunya, tapi aku lagi awal la. Maya Karin seorang artis yang manis dan semamngnya cantik. Tidak sombong walaupun itu adalah pertama kali aku jumpa dia. Tidak cerewet. Lagi pun consept makeup hari itu adalah natuaral.
apa yang perlu aku buat hanya memastikan wajah Maya Karin yang sedikit kelihatan pada pagi itu kerana menurut Maya semalam dia lambat balik rumah kerana ada kerja sebelumnya. Warna-warna yang aku perlukan pastel dan eart colour untuk matanya. Untuk pipi aku layangkan dengan warna oren bernada pink untuk mendapatkan pipi yang segar dan pada bibir Maya yang sudah terbentuk cantik aku hanya palitkan dengan lip glos sebagai penyeri pada senyuman Maya yang indah bak bunga mawar.
Aku tidak mengambil masa yang lama untuk merias wajah Maya Karin yang sudah cantik... Waktu ini aku tidak perlu buat shading kerana mengikut concept majalah yang berbentuk kesihatan. Wajah Maya Karin sebenarnya tidak memerlukan shading kerana wajah tersebut sudah terbentuk dengan sempurna.
Sepanjang aku menata rias wajahnya, aku bertanya dan berborak dan Maya Karin melayan tiap pertanyaan aku...Selepas siap makeup Maya Karin mula masuk dalam bilik untuk shooting. Aku berada di situ sehingga Maya Karin siap buat shooting dan sesekali aku akan touchup wajah Maya Karin bila kilatan mula terpancar di wajahnya.
Orang kata bau badan Maya Karin seperti bau jamu, tapi sepanjang aku makeupkan dia tidak pula aku tercium bau yang tidak menyenangkan... Dan aku anggap itu hanyalah gosip semata... Ya, siapa tak mengata perempuan secantik Maya karin. Sedang aku yang tak cantik.. oh silap... yang tang hensem ini pun orang kata, cuma tak masuk majalah la... sebab tak ada ruang kat maa-mana majalah yang ada di malaysia ini... Mungkin aku kena keluarkan majalah sendiri untuk masukkan gosip orang-orang yang tak dikenali...
Itu kenangan aku makeupkan Maya Karin sebelum Maya Karin kahwin...

0 comments:
Post a Comment