Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday, September 2, 2009

salah pilih cinta atau salah pilih suami?

Kawan aku yang satu ini, dulunya sebelum kahwin punya kerja yang bagus dengan gaji yang bagus dan punya seorang buah hati yang elok rupa parasnya. Kawan aku ini pompuan. Buah hati dia ini memang hensemla.. kata pondan-pondan sekarang sangat 'cando'.
Masa bercinta bauh hati dia ini kerja lah juga buat menampung hidup di kl ini dan dia pun banyak 'payung' hidup buah hatinya. Maklumla buah hati hensem bak model-modelan. Dia dengan murah hati... Mungkin juga keran sayang dan terlalu cinta kat lelaki tersebut dia selalu beri dan beli barang mewah buah sang lelaki itu.
Namun kasih sayang dan cinta mereka ini tidak dapat restu daripada belah pihak pompuan. Terutama si bapa. Mesti ada sebab kenapa? Oleh kerana terlalu cinta. Sehingga kan pedang yang terhunus di kepala pompuan itu pun tak mampu memisahkan cintanya kepada si lelaki inikan pula kata nassihat kawan. Maka bersatu juga dia akhirnya. Namun benar juga kata pepatah melayu... Panas teriknya mentari belum sampai ke petang...
awal usai perkahwinan memangla bahagia tetapi kita hidup ini tidak akan lengkap kalau tidak ada dugaan. Maka kawan ini diduga .. dia diberhentikan kerja. Bermulala episod deritanya...Suami yang dipilih kerana rupaparas yang hensem dalamnya hampe...Seorang lelaki yang pemalas dan banyak mengharapkan si isteri dalam segala hal. dia sanggup ddk rumah jaga anak kerana malas kerja. Biar isteri yang keluar rumah mencari rezeki. Itu tak apa lagi kerana si isteri masih mampu dan sanggup kerana dia adalah suami pilihan. Yang paling takleh terima, duit kalau ada habis kat tempat judi. Bila tak ada duit buat pijaman kat along dan yang membayarnya si isteri yang terlalu sayangkan suami.
Sebenarnya banyak lagi derita hati kawan ini yang hinggap ditelinga aku. Belum lagi kena halau dari rumah sewa kerana tak bayar sewa dan si isterilah yang tebalkan muka pinjam duit kat kenalan. dan sekarang ini dia yang berkerja kerana laki tercinta malas berkerja.
Dari ceritanya memang ada sesalan kerana terlalu mengikut kata hati dahulu. Tapi sudah tersurat dia terima dengan tabah. Itu yang aku kagum dengan sikap kawan tersebut. Tapi sampai bila mahu menanggung laki yang pemalas macam itu.
Dan aku tertanya sendiri, apakah dia salah pilih cinta atau salah pi;ih suami?

0 comments: