Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Sunday, September 6, 2009

Yang kurindu zaman kanak-kanak yang lalu...

hari cuti. Aku tak ke mana-mana. ..hanya g gym dan lepas itu lepak kat tepi swiming pool bersama laptop putih aku...Di kolam satu famili sedang mandi. si ibu berdiri di tepi kolam , si ayah dan anak lelaki yang mungkin berumur 9 tahun sedang berenang. si ayah sedang mengajar anak berenang... Bahagia bukan? ayah dan ibu ada masa untuk bersama dengan anak...
Kata pakar dan orang bijak pandai, anak yang dilimpahi dengan kasih sayang akan membesar menjadi seorang insan yang berguna dan tahu arah tuju dalam hidup. Ya, mungkin itu ada kebenarannya. Kita sering juga terbaca dalam paper setiap hari, kebanyakan anak-anak yang kering hatinya terdiri daripada mereka yang tidak dibekalkan dengan kasih sayang dan kemanjaan semasa mereka membesar dan meningkat remaja. So patutkah kita menyalahkan seratus peratus tiap kesalahan yang mereka lakukan itu... Mereka itu sebenarnya hanya inginkan perhatian dan sedikit kasih sayang yang mereka tidak pernah rasakan semasa kecil.
Sejarah kanak-kanak aku tidak lah hebat dan tidak lah seindah mana tapi aku suka dengan apa yang aku lalui... Walaupun ayah aku tidak pernah mengajar aku berenang di sungai yang waktu itu sering banjir namun aku tidak marahkan ayah. Sebab aku dan mungkin anak kampung seperti aku telah diajar untuk menjadi lasak dan pandai berdikari. Jadi aku dan kawan-kawan tidak takut mandi sunagi kerana lahir-lahir aku sudah dibiasakan dengan hutan dan sungai.
Zaman kanak-kanak di kampung yang jauh dari segala kemudahan mengajar aku kesusahan dan kesukaran untuk mencari sesuap nasi. Setakat tidak makan nasi dalam seminggu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana itu telah aku lalu di zaman aku kanak-kanak lagi...Aku anak orang kampung yang sering bergelumang dengan lumpur dan hutan belukar. Bila aku meningkat remaja dan dewasa aku tahu menghargai sebuah kehidupan.
Kalau kata aku dilimpahi dengan segala kasih sayang.. tidak! Masa aku kecil, masa itu aku sudah masuk sekolah rendah... Seawal pukul 5 pagi aku sudah bangun dan perlu berjalan kaki ke sekolah sejauh 15km untuk ke sekolah... dan pulangnya aku perlu mencari makan sendiri kerana ayah dan ibu tiada di rumah. Mereka juga seawal pagi sudah pergi ke ladang dan pulangnya lewat senja. Ya... suatu yang aku tidak lupa, penat macam mana pun , tiap malam ibu pasti akan bercerita sebelum aku tidur... Cerita rakyat dan cerita dongeng sambil membelai-belai rambutku hingga aku tertidur..
Aku hanya mula merasa hidup senang dan makan makanan yang sedap ketika aku tinggal di asrama.. masa itu aku berumur 16 tahun. Setahun kemudian aku tinggal dengan sebuah keluarga berada yang mengambil aku sebagai anak angkat mereka.. dan hingga kini aku masih menganggap mereka sebagai keluarga aku. Detika itu kehidupan aku mula berubah. aku tidak perlu lagi ke ladang merumput dalam keadaan panas dan hujan... Tapi aku masih ingat asal usulku.. Anak kampung.
Dan kini, aku sedang hidup di sebuah kota yang sangat gah di Malaysia. Tinggal di sebuah kediaman yang selesa...Namun aku tetap aku... Aku masih merindui sebuah kehiduapan zaman kanak-kanak yang riang.

0 comments: